Sunday, 23 October 2011

hargailah sahabat ..


Sewaktu diri ini bersama kamu , kita sentiasa ingin bersama kamu , tidak terniat untuk tinggalkan kamu .Setelah kita berpisah dengan kamu , kita selalu mendoakan serta merindui kamu . Terimbas kenangan kita bersama semasa tidurku .. Menangis kita teringat akan kenangan itu . Tak terdaya untuk kita menghapus air mata itu sendirian . Sentiasa deras air mata sewaktu malam hari tersedar dari mimpi . Dahulu , kita selalu bersama . Pergi ke sekolah bersama , ke kantin , perpustakaan ,menguruskan urusan bersama , ke perhimpunan pagi bersama , bergurau senda samada di asrama mahupun sekolah , berpuasa bersama , berduka kita , tidak dapat kita lupakan semua itu . Sangat indah kenangan itu .. Terlekat dalam ingatan kita sampai bila-bila . Terasa ingin menghentikan waktu yang sedia ada , ingin masa yang telah berlalu berulang semula . Tak sanggup diri ini meninggalkan semua yang pernah kita miliki . Tiada tenaga dan kuasa yang bolah membuat itu semua berulang lagi ..

Kamu sangat baik ketika menjaga kita . Sentiasa menasihati kita , membuat sahabat mu ini gembira , berkongsi duka , tawa riangmu takkan pernah kita lupakan sampai bila-bila . kita ingin selalu bersamamu . Tolong doakan kecemerlangan kita dunia  akhirat ..kamu , kita takde banyak waktu untuk bersama kamu . Tapi , kita juga tak nak tinggalkan kamu . Kalau kamu cari kita kat atas bumi ini , tapi tak jumpe , mungkin kita ada kat dalam bumi . Mungkin dunia kita berdua telah berlainan dan mungkin kita tak dapat mendengar nasihat kamu lagi dan melakukan perkara yang kamu pernah suruh kita buat . Mungkin kita tak sempat buat apa-apa .. Maafkan kita .. Alam kita dah berlainan ( mungkin ) . Kamu , kalau kita boleh peluk kamu untuk kali terakhir , masa tuh saya sangat gembira dan kitalah orang yang paling gembira . Tetapi , kita takut masa tuh juga kita rebah ke bumi tidak bernyawa . Simpanlah air matamu itu kerana kamu telah pun membuat sahabatmu ini gembira . Sentiasalah doakan kita selagi kamu masih bernyawa kamu . Doa kita sentiasa mengiringi kamu ke mana juga .. Kamu sahabat kita kan (???) .. Jaga diri , kesihatan serta sentiasalah menjadi yang terbaik daripada yang terbaik . Kamu fahamkan kamu .. Ingatlah kita. Walaupun kita ada gambar kamu , kita still nak melihat kamu di depan mata kita . Tersenyum sentiasa , bergurau senda bersama , menasihati kita , bernyanyi bersama , belajar dalam satu bilik yang kecil seperti di sekolah , beribadah di tempat yang suci seindah masjid dan musollah , makan bersama di tempat yang berkumpulnya manusia seperti kantin , belajar pada waktu malam hari di atas kerusi yang selesa di dalam ruangan yang selesa , mendengar suaramu walaupun tak sesedap siti nurhaliza , tetapi ingatlah wahai sahabat , itulah yang membuatku merindui kamu ..

Kamulah sahabat kita dunia akhirat ( kankankankan )
Kita sayang kamu sangat-sangat ~~~      ("v") ("v")
                                                              v++ v

untuk sahabat ku : NUR ARINA BINTI ZULKIPLI
daripada : FAZIATUN NAZIFA BINTI ROSNEN

No comments:

Post a Comment